1) Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
2) Kata tugas lain tidak membentuk frasa
3) Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat), menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah dating, menunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan, menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuan, menunjukkan urutan, Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut serta, menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan, menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif, menunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
No comments:
Post a Comment