Thursday 22 December 2011

PENGETAHUAN AM (Tahukah anda apakah itu Majlis Gendang Melayu Sarawak? Atau lebih dikenali dengan panggilan bermukun atau bernopeng???

Majlis Gendang Melayu Sarawak / Bermukun / Bernopeng

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti bermukun atau bernopeng ini, anda bolehlah melayari laman web http://rahsiakite.wordpress.com/2010/02/01/gendang-melayu-sarawak/.

MUTIARA KATA (Salah Satu Kaedah Penawar Jiwa Yang Lara dan Huru-Hara)


 
Melangkah Itu Mudah.
Namun Mencari Arah Itu Yang Terkadang Payah.
Mencari Jalan Itu Mudah,
Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah.
Menyusuri Susur Itu Mudah,
Namun Menuju Noktah Itu Pasti Mendatangkan Lelah.

Sisipan kata mutiara

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

SISIPAN Mutiara kata

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.

Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

SISIPAN Mutiara kata

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

KARANGAN PERIBAHASA : JENIS BERCERITA

Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung



Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Katak seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.

Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak suka menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.

Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.

Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.

Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di pekarangan Pejabat Tanah. Dia menanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. Dia cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu.

Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akhbar, televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tahu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.


TEKA SILANG KATA

KATA KERJA



Melintang
2. Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang__________ di dewan sekolah.
4. Puan Maria_________ pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
6. Monyet itu___________ pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
7. Penyanyi baru itu___________ dengan penuh semangat.
8. Rohaimi selalu _______ di sungai itu dengan kawan-kawannya.

Ke Bawah
1. Zulkarnain__________borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
3. Rosli____________ ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
5. Encik Shaari ___________parang itu sehingga tajam.

PERIBAHASA

Simpulan Bahasa Kita Pada Hari Ini (Amalkannya bersama!)

atas angin- negara-negara Barat: Kita mesti mempunyai sikap daya saing dengan negara atas angin.


bintang terang- bernasib baik: Faisal bintang terang hari itu kerana dia memenangi hadiah tempat pertama dalam peraduan menulis cerpen.


cupak hanyut- lenggang dan langkah yang lemah lembut: Para pelancong asing tertarik dengan gerak geri para penari tarian lilin yang bagai cupak hanyut itu.


daki dunia- harta yang diperoleh semasa hidup tidak dapat dibawa mati: Bagi Tuan Syed Ali, tiada ertinya hidup kalau matlamatnya hanya untuk mengumpulkan daki dunia sebanyak-banyaknya.


gulung tikar- menutup perniagaan: Syarikat itu gulung tikar sebagai akibat kemelesetan ekonomi.


hangat hati- sangat marah: Jais hangat hati atas tindakan pemandu van yang nyaris-nyaris melanggarnya tadi.


ibu keladi- orang tua yang masih berkelakuan seperti orang muda: Walaupun sudah lanjut usianya, Pak Muluk masih bergaya seperti orang muda. Sikap ibu keladinya itu tidak disukai anak cucunya.


jinak-jinak merpati- perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah digoda, tetapi akan menjauhkan diri apabila didekati: Artis baru itu jinak-jinak merpati orangnya. Dia bijak melayan karenah peminat tetapi sukar didekati oleh mereka.


kepala angin- orang yang kelakuannya sering berubah-rubah: Saya tidak tahan melihat perangainya yang kepala angin.


langkah seribu- melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut: Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.


mata petai- mata yang tidak dapat melihat dengan betul atau jelas. "Tulisan sebesar sebegini pun tak dapat kamu baca? Betullah mata kamu ini mata petai, Udin," kata Lajim.


nyiur gading- anak gadis yang comel-comel (kesayangan ibu bapa): Pasangan kembar, Shazwani dan Shazwana merupakan nyiur gading Encik Abdullah dan Puan Norma.


otak minyak- pandai: Memang Gunalan otak minyak. Dia mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam setiap ujian yang diadakan.


patah kandar- hilang tempat bergantung: Mak Limah yang selama ini banyak bergantung kepada suaminya, kini patah kandar setelah suaminya itu lumpuh.


retak seribu- banyak retaknya: Pinggan antik daripada tembikar itu tidak pecah, hanya retak seribu apabila terjatuh ke lantai.


separuh mati- terlalu penat; bekerja dengan bersungguh-sungguh: Sungguhpun dia separuh mati melakukan kerja-kerja itu, tetapi akhirnya rakannya pula yang mendapat pujian.


telinga lintah- orang yang lekas mendengar: Dia itu telinga lintah. Semua percakapan orang didengarnya.


untung batu- nasib yang tidak baik: "Untung batu betul Kasim hari ini. Motosikalnya bukan saja pancit, malah kehabisan minyak pula," kata Siva kepada rakannya.


wang muka- wang yang dibayar dahulu sebagai tanda persetujuan untuk membeli sesuatu barangan: Lim hanya perlu menjelaskan wang muka sebanyak RM200 untuk menempah set perabot itu.


ibu keladi

nyiur gading

KATA NAFI


Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata Nafi
Contoh
bukan
Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus.
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell
tidak
Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung.

KATA SENDI NAMA


1) Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
2) Kata tugas lain tidak membentuk frasa
3) Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama
Tugas/contoh
di
Menunjukkan tempat (di pejabat), menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dari
Menunjukkan tempat atu arah dating, menunjukkan waktu atau masa
kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan, menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripada
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demi
menunjukkan tujuan, menunjukkan urutan, Untuk menegaskan sesuatu
tentang
Menunjukkan rujukan
dengan
Menunjukkan turut serta, menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan, menunjukkan persamaan
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif, menunjukkan sebab
akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat